lUv yOu i wAnT u nOe

Thursday, March 8, 2012

buatmuTEMAN II


terima kasih kamu, terima kasih dan terima kasih KAMU~~~
sangat-sangat terima kasih, sedarlah utaian kasih itu sudah terurai kerana tiada kedewasaan yang kita pegang
terima kasih untuk sebuah pengalaman yang ingin aq lupakan dan terima kasih atas ugutan yang belum penat kamu kunjungkan
TERIMA KASIH KAMU atas dendamnya kamu terhadap diriku yang masih belum ada noktahnya
sangat TERIMA KASIH kerana masih beranggapan yang aq masih berhutang dengan kamu
TERIMA KASIH ya..aq tak marah dan aq tak sedih dengan kesakitan yang kamu kunjungkan
aq tak terkilan, aq tak punya kuasa untuk mengubah semuanya dan aq tak penat dengan kesakitan yang dalam
jujurnya aq sudah pasrah dengan rancangan musibah yang kamu ingin jayakan.. tahniah jika itu yang kamu cari dalam hidup
saat mata aq terpejam dengan kekuasaan keegoan yang kamu pegang, mengertilah yang aq tak marah namun jika sesuatu yang ditanggungi aq dirasai orang yang aq sayangi
aq lepaskan tanggungjawab itu untuk kamu menjawab di Masyar dan jangan kamu panggil aq untuk pohon maaf
jangan panggil aq dengan panggilan memohon maaf di sana, aq tak mampu menjawab semuanya lagi.. noktah di sini
untuk kamu, balaslah sebanyak mana dendam yang kamu simpan tetapi ingatlah aq lunasi di sini dengan redha
maaflah untuk sebuah kenyataan yang perit aq luahkan
kalau kamu rasa kebahagiaan kamu adalah penderitaan aq dan itu cara kamu bahagia.. jujur aq terpaksa redha
~carilah kebahagiaan kamu, teman~
insyaALLAH kamu akan rasa bahagia yang kamu impikan.

.:penat menaip di saat banyak assignment, satu-satu aq bebaskan hidup bahagia dan aq tak mahu satu-satu orang yang pernah hadir dalam hidup aq sebagai teman merasa sakit seperti aq rasakan... biarlah teman bahagia dan senyum gembira dan aq belajar redha dengan ikhlas:.

~pinjamkan aq kekuatan YA ALLAH, detikkan waktu sehingga nafas terakhir dengan keimanan~